Enam buah bank kekal prestasi kukuh

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Moody’s Investors Servis berkata enam bank Malaysia yang dinilainya, menunjukkan prestasi kukuh pada 2017, dengan potensi peningkatan tambahan dalam beberapa bidang pada 2018. Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Simon Chen, berkata kualiti aset dan keuntungan enam bank berkenaan pada umumnya meningkat pada 2017, manakala permodalan dan pembiayaan kekal mencukupi.

“Kami menjangkakan permintaan pinjaman semakin pulih pada 2018, selain syarat pembiayaan yang diperketat.

“Hasilnya, pertumbuhan keuntungan dalam kalangan bank dengan francais deposit yang lebih lemah boleh dihadkan oleh kos pembiayaan yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai laporannya yang bertajuk ‘Bank – Malaysia: 2017 Meningkatkan Kualiti Aset Stabil, Keuntungan Meningkat”.

Enam bank dalam laporan itu ialah, Malayan Banking Bhd (A3/A3 stabil, a3), CIMB Group Holdings Bhd (Baa1 stabil), Public Bank Bhd (A3 stabil, a3), RHB Bank Bhd (A3/A3 stabil, baa3) , Hong Leong Bank Bhd (A3 stabil, baa1) dan AmBank (M) Bhd (Baa1 / Baa1 stabil, baa3).

Ia berkata kualiti aset akan meraih manfaat daripada kedudukan makro ekonomi yang lebih kukuh pada 2018, dalam negara dan serantau. – Bernama