Enam calon atlet lelaki terbaik dunia

Enam calon atlet lelaki terbaik dunia

BERLIN, 4 Mac (AFP) – Novak Djokovic, Usain Bolt dan Lionel Messi adalah antara enam pencalonan untuk Anugerah Laureus dalam kategori Atlet Terbaik Lelaki 2015, yayasan itu mengumumkan hari ini.

Edisi ke-17 Anugerah Sukan Dunia Laureus itu, yang menghargai kehebatan sukan lelaki dan wanita yang terbaik di seluruh dunia, akan diadakan pada 18 April ini di Berlin.

Djokovic, yang memenangi tiga gelaran Grand Slam, Bolt, yang memenangi tiga pingat emas di Kejohanan Atletik Dunia, dan Messi, yang memenangi Ballon d’Or 2015, disertai oleh Formula One, Lewis Hamilton, pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Stephen Curry dan pemain golf Jordan Spieth .

Sementara itu, bintang tenis US Serena Williams, yang hampir memenangi semua daripada empat gelaran

Grand Slam, adalah antara enam pencalonan untuk trofi wanita.

Kombinasi enam calon Atlet Terbaik Lelaki 2015, (dari kiri ikut arah jam) Bolt, Messi, Djokovic, Hamilton, Curry dan Spieth. – AFP
Kombinasi enam calon Atlet Terbaik Lelaki 2015, (dari kiri ikut arah jam) Bolt, Messi, Djokovic, Hamilton, Curry dan Spieth. – AFP

Pasukan ragbi New Zealand, All Blacks, adalah dalam pencalonan untuk anugerah pasukan setelah berjaya mempertahankan mahkota mereka di Piala Dunia Rugby 2015 yang dianjurkan oleh England.

Anugerah Sukan Dunia Laureus merupakan majlis anugerah tahunan yang mengiktiraf individu yang mencapai kejayaan luar biasa dari dunia sukan bersama-sama dengan pencapaian sukan terbesar sepanjang tahun.

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pengasas pelanggan Daimler dan Richemont dan disokong oleh rakan kongsi globalnya Mercedes-Benz dan IWC Schaffhausen.

Majlis yang pertama telah diadakan pada 25 Mei 2000 di Monte Carlo.

ARTIKEL YANG SAMA