Enam cedera dalam serangan harimau bintang

Enam cedera dalam serangan harimau bintang

BANGALORE, India, 8 Feb – Seekor harimau bintang yang merayau-rayau di sebuah sekolah di selatan India mencederakan enam orang ketika mangsa cuba melarikan diri, para pegawai berkata.

Sekumpulan orang ramai termasuk kru berita TV menyaksikan aksi kejar mengejar, yang berlangsung selama beberapa jam sehingga pegawai perhilitan menembak haiwan itu dengan ubat penenang petang kelmarin.

Agensi Berita Press Trust of India memetik para pegawai sekolah sebagai berkata, haiwan itu pertama kali dilihat di TV litar tertutup sebelum subuh di Sekolah Vibgyor, Bangalore, dan kemudian menghilang di dalam kawasan semak di sekitar sekolah itu.

Haiwan berkenaan memanjat dinding untuk memasuki semula ke kawasan sekolah dan mengganas sehingga mencederakan tiga orang termasuk seorang doktor haiwan dan seorang lelaki yang cuba memanjat pintu untuk melarikan diri. Polis berkata, ketiga-tiga mereka sedang dirawat di hospital. – Agensi

Seorang pegawai perhilitan cuba menembak seekor harimau bintang yang menyerang rakannya di Sekolah Vibgyor, Bangalore kelmarin. – AFP
Seorang pegawai perhilitan cuba menembak seekor harimau bintang yang menyerang rakannya di Sekolah Vibgyor, Bangalore kelmarin. – AFP