Enam dibunuh dalam serangan nekad di hotel

Enam dibunuh dalam serangan nekad di hotel

MOGADISHU, 31 Mac (AFP) – Pemberontak Shebab Somalia mengatakan mereka melancarkan serangan bunuh diri di sebuah hotel tengah bandar Galkayo hari ini yang meragut enam jiwa, termasuk pegawai kerajaan kanan tempatan.

“Berlakunya letupan, pengebom beranti mati meletupkan dirinya membunuh beberapa orang termasuk seorang pegawai kanan,” kata pegawai polis Abdiweli Adan.

Para saksi mengatakan adanya letupan besar berhampiran sebuah kafe tempat orang berkumpul untuk minum teh.

“Saya mendengar letupan besar dan saya melihat beberapa anggota badan berkecai, beberapa cebisan daging bertaburan di seluruh kawasan tersebut,” kata penduduk tempatan Ahmed Sadaq.

Pemberontak Shebab gabungan Al-Qaeda Somalia – yang bertempur untuk menggulingkan kerajaan yang disokong antarabangsa – mengatakan mereka melancarkan serangan itu, dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Radio Andalus, pemberontak.

“Para pejuang mujahedeen menyasarkan ketua kewangan Puntland di rantau Mudug, dan bersama lima pengawal keselamatan yang mereka bunuh dalam serangan itu,” menurut penyiaran radio memetik komander Shebab.

ARTIKEL YANG SAMA