Enam ekar kawasan Gunung Seraik terbakar

Enam ekar kawasan Gunung Seraik terbakar

KUCHING, 3 Okt – Kawasan seluas enam ekar di Gunung Seraik berdekatan Kampung Bako, 30 kilometer dari sini, terbakar kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Kebakaran itu disedari Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Zulkhairani Rambli yang kebetulan berada di kampung tersebut sebelum membuat panggilan kecemasan dan bertindak mengetuai operasi pemadaman.

Anggota bomba terpaksa menggunakan bot untuk ke kaki gunung yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Jeti Kampung Bako sebelum berjalan kaki selama 15 minit untuk sampai ke lokasi yang terletak 400 kaki dari kaki gunung.

Gunung Seraik di Kampung Bako kira-kira 30 kilometer dari sini terbakar dalam satu kejadian kira-kira 12.30 tengah hari tadi. –Bernama
Gunung Seraik di Kampung Bako kira-kira 30 kilometer dari sini terbakar dalam satu kejadian kira-kira 12.30 tengah hari tadi. –Bernama

“Anggota bomba menggunakan pam terapung dan pam angkut serta sejumlah hos untuk memadam api menggunakan sumber air terbuka,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya diketuai seorang pegawai Nurzainuldin Marzuke dan empat anggota bomba sukarela Bako digerakkan ke lokasi kejadian.

Tinjauan di lokasi mendapati kebakaran berjaya dikawal pukul 4.48 petang. – Bernama