Enam keluarga sertai perlawanan futsal

Enam keluarga sertai perlawanan futsal

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Ia menjadi Hari Keluarga yang meriangkan apabila enam keluarga dari Kampung Saba Darat ‘B’ telah mengadakan perlawanan persahabatan di Dewan Hangar, Kompleks Sukan, Jabatan Kerja Raya (JKR), malam tadi.

Ia merupakan aktiviti riadah keluarga yang bertujuan bagi mempererat tali silaturahim dalam kalangan keluarga yang terlibat di samping menerapkan gaya hidup sihat terutama sekali dalam kalangan belia remaja.

Perlawanan persahabatan itu juga menjadi medan untuk memilih pemain futsal yang berbakat untuk menubuhkan sebuah pasukan futsal keluarga yang aktif menyertai kejohanan-kejohanan futsal tempatan di masa akan datang.

Sesi bergambar ramai para pemain enam keluarga dari Kampung Saba Darat ‘B’ yang terlibat dalam perlawanan futsal persahabatan berkenaan.
Sesi bergambar ramai para pemain enam keluarga dari Kampung Saba Darat ‘B’ yang terlibat dalam perlawanan futsal persahabatan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA