Enam mati tanah runtuh di timur China

Enam mati tanah runtuh di timur China

HANGZHOU, 30 Mei – Kejadian tanah runtuh di timur China, Zhejiang, pada awal hari semalam telah menyebabkan enam orang mati apabila mayat daripada enam orang yang hilang itu telah ditemui, kata pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat itu telah melanda pada tiga buah rumah di sebuah kampung di pinggir bandar Jiande sejurus selepas tengah malam Sabtu, yang menimbuskan enam orang penduduk didalamnya.

Penyelamat menarik tiga mayat daripada runtuhan itu pada petang semalam dan mayat tiga mangsa lain dijumpai pada pagi hari ini, kata kerajaan bandar itu dalam satu kenyataan akhbar. Semua mangsa dilaporkan mati. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA