Enam maut banjir di Australia

Enam maut banjir di Australia

SYDNEY, 3 Mei (AFP) – Jumlah kematian akibat hujan lebat yang membanjiri pantai timur Australia telah meningkat kepada enam, tatkala amaran banjir berterusan hari ini ekoran banjir teruk yang menyebabkan bekalan elektrik terputus di beribu-ribu buah rumah dan menyisihkan pelbagai komuniti.

Negeri timur Queensland dan New South Wales (NSW) menghadapi tugas-tugas pembersihan yang besar di depan, tetapi diramalkan akan mengalami keadaan reda hari ini selepas cuaca sederhana selama dua hari.

“Kami tidak pernah melihat jumlah hujan yang begitu banyak dalam tempoh singkat,” beritahu Perdana Menteri Queensland Annastacia Palaszczuk kepada penyiar Channel Seven dari ibu negeri Brisbane hari ini.

Seorang lelaki berusia enam tahun menjadi mangsa ribut keenam apabila dia dihanyutkan oleh laut bergelora di pantai utara NSW semalam, kata polis dan anggota menyelamat.

ARTIKEL YANG SAMA