Enam maut keracunan makanan di Vietnam

HANOI, 14 Feb – Seramai enam orang terbunuh dan lebih 10 yang lain dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan di wilayah utara Lai Chau Vietnam, menurut pihak berkuasa tempatan semalam.

Maklumat awal daripada jawatankuasa rakyat Lai Chau menunjukkan bahawa selepas menghadiri pengebumian di Ma Ly Chai, daerah Phong Tho di Lai Chau, enam orang maut dan lebih 10 yang lain dimasukkan ke hospital.

Ha Trung Dung, timbalan ketua unit Kecemasan hospital besar wilayah Lai Chau berkata bahawa hari ini tiga pesakit telah dimasukkan ke dalam unit rapi pada waktu lewat Isnin.

Antara tiga pesakit, dua kini berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal.

Punca kejadian masih dalam siasatan, berkata VNA, sambil menambah bahawa semua mangsa adalah kumpulan etnik minoriti Ha Nhi. – Xinhua