Enam pelajar sertai Program Homestay di Jepun

Enam pelajar sertai Program Homestay di Jepun

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Bagi mengeratkan hubungan dan bertukar-tukar pengalaman serta berkongsi kebudayaan, rombongan seramai enam pelajar bersama dua guru dari Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB), telah berlepas ke Jepun bagi menyertai Program Homestay Wakayama ke-3 bermula 30 November hingga 8 Disember.

Rombongan yang terdiri daripada tiga pelajar Tahun 10 Fast Science dan tiga pelajar Tahun 11 Normal Science akan berpeluang untuk menyaksikan sendiri gaya hidup dan budaya masyarakat Jepun di Wilayah Wakayama serta akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di wilayah itu.

Rombongan pelajar bersama guru mereka yang menyertai Program Homestay Wakayama ke-3.
Rombongan pelajar bersama guru mereka yang menyertai Program Homestay Wakayama ke-3.

ARTIKEL YANG SAMA