Enam pelanggan BIBD menang hadiah lumayan

Enam pelanggan BIBD menang hadiah lumayan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Seramai enam pelanggan bertuah bagi Promosi BIBD, Let’s Go Mobile, menerima hadiah mereka di majlis penyampaian hadiah pemenang bulanan promosi berkenaan yang berlangsung di Ibu Pejabat Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), di ibu negara, hari ini.

Hadiah berupa dua unit iPhone 6s, dua unit iPhone 6 Plus dan dua unit jam tangan Apple telah disampaikan kepada para pemenang oleh Ketua Transaksi Perbankan BIBD, Jeffri Ahmad.

Promosi itu memberikan peluang kepada pengguna aplikasi BIBD Mobile untuk membuat pembayaran utiliti, membuat pembelian dengan BIBD eTunai atau membuat pemindahan wang ke bank-bank tempatan atau antarabangsa, untuk memenangi hadiah-hadiah menarik sepanjang promosi berkenaan sehingga 30 Julai.

Selain daripada promosi itu, BIBD juga sedang melaksanakan kempen yang mendapat sambutan hangat iaitu BIBD Barakah dengan hadiah utamanya berupa sebuah kereta Honda Odyssey di samping pelbagai hadiah menarik termasuk Apple iPhone, iPad, set televisyen dan produk-produk Samsung dan Philips.

Kempen BIBD Barakah itu berlangsung selama enam bulan sehingga 30 November nanti.

Para pemenang bertuah menerima hadiah mereka bagi Promosi BIBD, Let’s Go Mobile, kelmarin.
Para pemenang bertuah menerima hadiah mereka bagi Promosi BIBD, Let’s Go Mobile, kelmarin.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai pelbagai produk, perkhidmatan dan promosi daripada BIBD, mereka boleh melayari akaun Instagram BIBD, BIBDBRUNEI, laman Facebook, www.facebook.com/bibdbrunei atau menghubungi Pusat Hubungan BIBD di talian, 2238181 serta mengunjungi mana-mana cawangan BIBD terdekat.

Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan BIBD dengan memuat turun aplikasi BIBD Mobile yang memberi maklumat terkini mengenai tawaran dan promosi BIBD.