Enam pelanggan BIBD terima hadiah lumayan

Enam pelanggan BIBD terima hadiah lumayan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Enam pelanggan bertuah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, membawa pulang hadiah lumayan apabila dipilih sebagai pemenang dalam kempen ‘Kemas Kini Maklumat Peribadi Anda’.

Dua daripada mereka memenangi iPhone 6 setiap seorang, dua menerima iPhone 6 Plus dan dua lagi membawa pulang Samsung S6 Galaxy Edge yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Cawangan BIBD, Awang Syabil ‘Arifin bin Jamil.

Menurut kenyataan BIBD, kempen ini bermatlamat untuk menggalakkan pelanggan seperti perniagaan-perniagaan kecil, agensi korporat dan individu mengemas kini rekod mereka dengan memberikan maklumat terkini dan tepat mengenai biodata dan maklumat peribadi.

Ini juga merupakan usaha berterusan BIBD untuk memastikan pangkalan data pelanggannya adalah terkini sekali gus membolehkan pihak bank memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Gambar ramai bersama hadiah masing-masing.
Gambar ramai bersama hadiah masing-masing.

Pada masa yang sama, menurut kenyataan itu lagi, BIBD kini sedang mengadakan promosi ‘Swipe to Fly’ yang menawarkan pakej-pakej percutian ke Bali, Kota Kinabalu, Jakarta dan Bangkok.

Promosi ini, yang berlangsung sehingga 29 Februari 2016, secara automatik melayakkan pemegang kad BIBD untuk menyertainya apabila mereka membuat pembelian menggunakan kad Debit, Kredit dan Platinum BIBD.

Bagi maklumat lanjut mengenai mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi BIBD, orang ramai bolehlah mengikuti akaun Instagram BIBD di BIBDBRUNEI, laman Facebook di www.facebook.com/bibdbrunei, berhubung dengan Pusat Panggilan BIBD di talian 2238181 atau mengunjungi cawangan BIBD yang terdekat.

Selain itu, orang ramai juga boleh memuatturun aplikasi BIBD Mobile untuk mendapatkan tawaran dan promosi BIBD terkini di bawah ciri-ciri ‘What’s New’.