Enam pelombong diselamatkan

Enam pelombong diselamatkan

BEIJING, 27 Julai (AFP) – Enam lelaki diselamatkan hari ini dari lombong arang batu China yang dilanda banjir, setelah berada di bawah tanah selama seminggu selepas kira-kira empat orang rakan sekerja terbunuh, lapor media kerajaan.

Lima pekerja lagi masih terperangkap di lombong arang batu di Hegang di wilayah utara Heilongjiang.

Ia dilanda banjir pada 20 Julai, yang mengakibatkan 15 orang pelombong, dengan para penyiasat mengatakan kemalangan berpunca dari hujan lebat, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Xinhua melaporkan pasukan penyelamat mula membawa para pekerja keluar awal hari ini, dan menghantar gambar-gambar dalam talian yang memperlihatkan pelombong-pelombong yang berselimut dimasukkan ke dalam ambulans.

“Para penyelamat bergegas-gegas mencari lima orang lagi pekerja yang terperangkap dalam lubang kira-kira tujuh hari,” lapor Xinhua.

Lombong arang batu Xuxiang – tempat kemalangan berlaku – adalah milik persendirian, dengan penghasilan tahunan 150,000 tan, menurutnya

Secara berasingan, agensi berita melaporkan 11 orang pelombong yang terperangkap dalam lombong arang batu di wilayah barat daya, Yunnan sejak “runtuh” Sabtu lalu telah diselamatkan hari ini..

“Para pelombong yang terperangkap itu dibawa keluar dengan pengusung melalui terowong,” lapor Xinhua selepas 1,000 orang penyelamat bertungkus-lumus selama 40 jam menyelamatkan para pekerja.

China – pengeluar arang batu terbesar di dunia – bergelut untuk meningkatkan standard dalam sektor yang kurang kawalan.

ARTIKEL YANG SAMA