Enam terbunuh dalam letupan kilang di China

Enam terbunuh dalam letupan kilang di China

XINING, 19 Sept – Enam pekerja terbunuh dan sebahagiannya lagi hilang selepas satu letupan berlaku di sebuah kilang kimia di barat laut China Wilayah Qinghai kelmarin.

Letupan itu berlaku dalam peranti pengumpulan habuk dari pengeluaran simen milik Qinghai Salt Lake Haina Chemical Company apabila 26 pekerja berada di tempat kejadian, kata Liu Yunzhou, ketua suruhanjaya pentadbiran daripada Taman Perindustrian Ganhe di zon pembangunan ekonomi dan teknologi Xining.

Dua mati di tempat kejadian dan 12 yang lain cedera. Empat mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital. Lapan yang lain menerima rawatan dan digambarkan sebagai stabil.

Operasi pencarian pekerja yang hilang masih diteruskan. Walau bagaimanapun punca kemalangan masih dalam siasatan.

Syarikat itu memulakan pengeluaran pada tahun 2013 dengan kapasiti harian 2,500 tan simen. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA