Enam warga Rusia ditahan

Enam warga Rusia ditahan

BERLIN, 17 Jun (AFP) – Sekumpulan enam warga Rusia tiba dari selatan Perancis telah ditangkap di Jerman selepas memukul dan menendang pelancong Sepanyol, mencederakan seorang daripadanya, kata polis hari ini.

Suspek yang berusia 26 hingga 30 tahun telah membuat perhentian di bandar barat Cologne selepas meninggalkan Marseille, di mana keganasan yang paling teruk di kejohanan antarabangsa sejak Piala Dunia 1998 di Perancis meletus Sabtu lalu antara samseng bola sepak Rusia dan Inggeris.

Polis Jerman berkata, mereka bertindak dalam “cara amat agresif dan kejam” terhadap tiga warga Sepanyol – dua pelancong dan pemandu pelancong pada semalam.

Warga Rusia itu memukul dan menendang mangsa mereka, mengakibatkan seorang dari-padanya mengalami cedera parah, kata polis, tanpa memberi maklumat kepada apa yang mencetuskan serangan itu.

Polis berjaya menahan lima penyerang di laman kejadian, tetapi seorang berjaya melarikan diri. Suspek keenam ditahan kemudiannya di Lapangan Terbang Cologne-Bonn, di mana suspek tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan.

Lelaki itu mempunyai dua keping tiket Kejohanan Eropah dalam perlawanan antara England dan Slovakia, dan telah membawa “objek biasa yang digunakan oleh samseng termasuk topeng dan gumshields”.

Polis Jerman berkata mereka akan menghubungi rakan-rakan Perancis mereka untuk menentukan sama ada lelaki telah terlibat dalam keganasan yang telah melanda Euro 2016 di Perancis.

Mahkamah Perancis pada Khamis memenjara tiga pe-nyokong bola sepak Rusia ke atas pergolakan yang dicetuskan semasa kejohanan Euro itu.