Enggan benar periksa tapak tentera

Enggan benar periksa tapak tentera

TEHRAN, 14 Jun (Agensi) – Presiden Hassan Rouhani berkata semalam kerajaan tidak akan membenarkan pemeriksaan di tapak tentera dalam proses menjalankan Protokol Tambahan kepada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) atau mana-mana perjanjian lain dengan kerajaan Barat.

Beliau memberitahu satu sidang media sempena sambutan ulang tahun kemenangan besar pilihan raya presiden bahawa protokol tambahan kepada NPT tidak memerlukan penandatanganan untuk membuka tapak tentera mereka kepada pemeriksaan.

Buat masa sekarang, kira-kira 120 penandatanganan sudah pun memilih untuk Protokol Tambahan kepada NPT secara suka rela dan adalah lebih baik untuk Iran memilih Protokol Tambahan untuk menunjukkan kempen propaganda yang sia-sia dan tidak berasas ke atas program nuklear Iran.

“Dengan melaksanakan protokol tambahan, Iran mahu membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa dakwaan yang dikemukakan ke atas program nuklear adalah tidak berasas.”

Ketika ditanya mengenai pelaksanaan Artikel 44 Perlembagaan, beliau berkata adalah amat penting untuk kemajuan ekonomi dan kebajikan negara dan pemimpin tertinggi itu mengistilahkan penswastaan ekonomi negara seperti dalam Artikel 44 Perlembagaan satu revolusi ekonomi yang besar.

Presiden Iran, Hassan Rouhani. – AFP
Presiden Iran, Hassan Rouhani. – AFP

Beliau berkata ranking Iran dalam perniagaan sudah mencecah 130 daripada 152 yang menandakan pergerakan positif.

Ketika ditanya mengenai sumbangan Iran kepada kempen antarabangsa ke atas keganasan, Presiden Rouhani berkata dasar serantau Iran masih tidak berubah dan Iran adalah komited untuk membantu negara serantau memerangi keganasan.

“Kami menganggap kempen ke atas keganasan sebagai tugas kami yang penting. Kami meramalkan trend peristiwa di rantau dua tahun lalu. Kami mengusulkan Inisiatif “Memerangi Keganasan dan Fahaman Pelampau Dunia” (WAVE) kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).