Enggan dijual punca Smalling semakin mantap

Enggan dijual punca Smalling semakin mantap

LONDON, 6 Jan (Reuters) – Bimbang dengan kemungkinan dijual ketika tempoh perpindahan membuatkan semua pemain berusaha keras dan hakikat itu berjaya membantu pertahanan Manchester United Chris Smalling meningkatkan persembahannya.

Smalling sedang mengharungi aksi mengagumkan di Old Trafford selepas kelab itu dikatakan sedang mencari pertahanan baru sepanjang tempoh perpindahan pemain bulan ini.

“Ia memang memberi kesan kepada anda. Apabila anda bermain di Manchester United, dalam setiap tempoh perpindahan – tidak kira ketika pasukan berada di kedudukan baik atau tidak – pasti akan ada nama-nama baru yang dikaitkan bersama kelab ini kerana United sering dikaitkan dengan pemain hebat,” kata Smalling dalam laman web rasmi United (www.manutd.com).

“Secara tidak langsung perkara ini mendorong anda untuk meningkatkan permainan. Anda sama sekali tidak boleh leka. Walaupun bermain cemerlang sepanjang enam bulan tapi apabila melakukan kesilapan, pasti ada pemain yang sedia menggantikan tempat anda.”

Bertahan di United banyak membantu Smalling memantapkan persembahan. – Reuters
Bertahan di United banyak membantu Smalling memantapkan persembahan. – Reuters

Smalling, 26, berharap dapat meneruskan perkembangan permainannya tahun ini.

“Setakat ini saya berjaya mengelak daripada cedera dan sedia diturunkan setiap perlawanan. Saya mengambil positif daripada keadaan itu,” kata Smalling.

“Kami berdepan banyak masalah kecederaan di bahagian pertahanan tengah. Justeru, dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini, saya sangat gembira kerana tidak cedera sambil mendapat kepercayaan jurulatih.

“Saya tidak mahu meminta banyak. Tapi jika dapat terus mengelak daripada cedera, saya pasti gembira.”

ARTIKEL YANG SAMA