Enggan mengaku bersalah mengedar dadah

Enggan mengaku bersalah mengedar dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160420_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan Ogos 2016 untuk perbicaraan seorang lelaki tempatan yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, pada 2012.

Mohd Hafiz bin Sufri didakwa memiliki 14.1864 gram Kanabis dan 0.3106 gram ekstasi MDMA bagi tujuan mengedar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 April 2012, kira-kira jam 12:55 tengah malam dalam sebuah kereta di kawasan letak kereta Menglait.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 22 yang membawa minimum penjara lima tahun dan lima kali sebatan serta maksimum 20 tahun dan 15 sebatan jika sabit bersalah.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman membenarkan ikat jamin tertuduh dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya.

ARTIKEL YANG SAMA