Enggan mengaku eksport diesel subsidi

Enggan mengaku eksport diesel subsidi

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160412_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Seorang lelaki tempatan dan syarikat yang diwakilinya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mengeksport minyak diesel bersubsidi, pada 2013.

Haji Ibrahim, 54, dan syarikat yang diwakilinya, ADBS Sdn Bhd berdepan dakwaan mengeksport 84 liter minyak diesel yang disimpan dalam tangki minyak tambahan yang terdapat pada bas.

Mereka didakwa mengarahkan pemandu bas untuk membawa minyak diesel itu dari Brunei ke Miri melalui Pos Kawalan Kastam Sungai Tujoh tanpa kebenaran Pengawal Kastam pada 26 Jun 2013 kira-kira jam 5:20 petang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 140(1)(g) Perintah Kastam 2006, dan dihukum di bawah Seksyen(140(1)(iv) yang sama di mana kes barang larangan untuk kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak kurang daripada $10,000 dan tidak melebihi daripada $500,000; pemenjaraan untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Untuk kesalahan kedua, denda tidak kurang daripada $20,000 dan tidak melebihi $500,000; pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 27 hingga 30 Jun untuk tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff.

ARTIKEL YANG SAMA