Enggan terima lebih ramai pelarian Australia

Enggan terima lebih ramai pelarian Australia

PHNOM PENH/SYDNEY, 31 Ogos (Reuters) – Kemboja hari ini berkata ia tidak berhasrat untuk menerima sebarang pelarian dari pusat tahanan Pasifik Selatan di bawah persetujuan bersama Australia, yang berdepan dengan skim penempatan semula kontroversi dan menerima kritikan hebat daripada kumpulan-kumpulan hak asasi.

Australia berikrar untuk menghentikan pencari suaka berlayar dari Indonesia dan Sri Lanka dan mendarat di pesisirnya, sebaliknya memintas bot-bot dan mengarahkan mereka ke khemah–khemah di Papua New Guinea dan Nauru.

Australia dan Kemboja pada September lalu bersetuju bahawa sebahagian pelarian dari Nauru akan ditempatkan semula di Kemboja dalam pertukaran bagi bantuan Australia, tetapi hanya empat telah tiba sejak itu.

“Kami tidak merancang untuk menerima lebih banyak pelarian dari Nauru,” jurucakap kementerian Dalam Negeri, Jeneral Khieu Sopheak memberitahu Reuters.

“Dengan keadaan negara kami seperti ini, kami tidak menerima beratus atau beribu mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA