England bangkit tewaskan Jerman

England bangkit tewaskan Jerman

BERLIN, 27 Mac (AFP) – Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew mengakui dia berasa bengang menyaksikan juara dunia mensia-siakan dua gol pendahuluan dalam kekalahan 3-2 di laman sendiri menentang England di Berlin.

Toni Kross dan Mario Gomez meletakkan pemenang Piala Dunia 2-0 di Stadium Olympic, Berlin semalam dengan perlawanan berbaki satu jam sebelum pasukan Three Lions kembali bangkit.

Harry Kane dan Jamie Vardy menjaringkan gol bagi England sebelum Eric Dier menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan seminit sebelum tamat perlawanan ketika Jerman dihukum bagi kelekaan pertahanan dan gagal mencipta peluang dalam serangan.

“Ia mengganggu sebagai jurulatih apabila kami tewas selepas 2-0, tetapi anda tidak menyatakan kami tidak layak,” jelas Loew, yang membimbing Jerman untuk memenangi Piala Dunia keempat mereka di Brazil pada 2014.

“Walaupun apabila kita mendahului 2-0, kami tidak dapat mengawal.

Danny Welbeck (tengah) bersaing dengan Antonio Ruediger (kiri) dalam perlawanan persahabatan Jerman menentang England di Stadium Olimpik, Berlin. - AFP
Danny Welbeck (tengah) bersaing dengan Antonio Ruediger (kiri) dalam perlawanan persahabatan Jerman menentang England di Stadium Olimpik, Berlin. – AFP

“Kami mengalami masalah dalam pembangunan dan bergelut di depan.”

Jerman menghoskan Itali di Munich pada Selasa dan Loew tahu terdapat banyak tugasan perlu dilakukan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum menamakan skuadnya bagi Euro 2016.

“Kami tahu kawasan di mana kami perlu untuk memperbaikinya, sebahagian dari gabungan tidak berkesan dan meninggalkan banyak yang diperlukan,’ kata Loew.

“Pada separuh masa kedua, kami memberikan banyak ruang.

“Kami tidak kukuh dalam pertahanan, kami kehilangan bola dalam serangan dan permainan Inggeris lebih banyak ruang bagi serangan pantas untuk dikuasai.”