England cari pengurus baru ‘jangka panjang’

England cari pengurus baru ‘jangka panjang’

pg20_160722_c

LONDON, 21 Julai – Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak (FA), Martin Glenn (gambar) mengakui pengurus baharu England tidak akan diikat dalam tempoh jangka pendek.

Glenn adalah seorang daripada panel tiga penilai yang ditugaskan untuk mencari pengganti Roy Hodgson.

Kumpulan itu setakat ini secara rasmi sudah menemuramah bos Sunderland, Sam Allardyce dan pengurus Hull City, Steve Bruce.

Bos Bournemouth, Eddie Howe dan jurulatih Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann juga dilaporkan berada dalam senarai pendek FA, tetapi Glenn menyatakan dengan jelas pengurus baharu mestilah dari individu yang berminat dengan peranannya dan bersedia membantu melakukan pembangunan yang hebat dalam seluruh pasukan England.

“Kami sudah bercakap dengan semua orang berkenaan tugas yang yang besar ini dan mengenai prospek pasukan England,” kata Glenn kepada Sky Sports News.

“Kami tidak akan mengikat pengurus baharu dengan jangka pendek, melantik seseorang untuk melakukan tugas itu selama beberapa tahun.

“Saya mahu seseorang yang mampu memainkan peranan penting di England dan benar-benar bekerja.

“Bukan hanya untuk pasukan senior tetapi juga memainkan semua peranan yang hebat dalam skuad Bawah-16, 17, 18 – melihat sejauh mana B-19 lakukan sekarang – dan semua bersatu bersama.

“Kami mahu seseorang untuk melakukan pekerjaan yang hebat untuk pasukan kebangsaan England tetapi juga memastikan semua pembangunan pasukan lebih berkesan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA