England gagal jinakkan Slovenia

England gagal jinakkan Slovenia

LJUBLJANA, 12 Okt – England gagal menyerlah tanpa Wayne Rooney selepas menyaksikan pasukan itu terikat 0-0 dengan Slovenia dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal kelmarin.

Dengan Rooney berada di bangku simpanan selepas digugurkan daripada kesebelasan utama oleh Gareth Southgate, percaturan England mudah menemui kekalahan.

Apabila bintang Man United itu memasuki padang pada minit ke-72, penjaga gol England, Joe Hart dipaksa bekerja keras oleh Slovenia di Stadium Stozice namun dia mampu menyelamatkan banyak percubaan tuan rumah.

Kehadiran Rooney secara tidak langsung menambah kekuatan di bahagian serangan namun terlewat bagi menambah kemenangan kedua buat Southgate selepas menumpaskan Malta 2-0, Sabtu lalu.

Pemain England, Dele Alli (kanan) dan Jordan Henderson bersaing dengan pemain Slovenia Jamin Kurtic (tengah) dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Ljubljana, kelmarin. – AFP
Pemain England, Dele Alli (kanan) dan Jordan Henderson bersaing dengan pemain Slovenia Jamin Kurtic (tengah) dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Ljubljana, kelmarin. – AFP

England mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan dan terus berada di puncak Kumpulan F ketika ini namun prestasi hambar sebegitu pernah menyebabkan mereka tersingkir dari Euro 2016 dan keputusan Southgate menyisihkan Rooney jelas tidak membawa banyak impak kepada pasukan.

Selepas meraih kemenangan dalam 14 aksi kelayakan, buat pertama kalinya England menafikan tiga mata bagi menuju ke saingan sebenar kejohanan sejak tahun 2013. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA