England ke pusingan seterusnya

England ke pusingan seterusnya

SAINT-ETIENNE, Perancis, 21 Jun (AFP) – England mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik namun terlepas status juara Kumpulan B selepas sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Slovakia dalam aksi terakhir kumpulan B, awal pagi tadi.

Kemenangan 3-0 Wales ke atas Rusia di Toulouse menyaksikan The Three Lions menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan B.

Slovakia pula perlu menunggu jika mereka layak sebagai satu daripada empat pasukan tangga ketiga terbaik selepas penjaga gol, Matus Kozacik tampil dengan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya England.

Perlawanan penuh debaran itu berakhir tanpa jaringan daripada kedua-dua belah pasukan. – AFP
Perlawanan penuh debaran itu berakhir tanpa jaringan daripada kedua-dua belah pasukan. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

England akan bermain untuk aksi pusingan 16 terbaik di Nice, Isnin depan menentang naib juara Kumpulan F dengan besar kemungkinan Hungary atau Portugal.

Ia adalah malam yang kecewa sekali lagi buat penyokong England di Saint-Etienne.

Aksi di Stadium Geoffroy Guichard sebelum ini turut membuatkan penyokong The Three Lions mengalami kekecewaan apabila menyaksikan David Beckham dibuang padang ketika England tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti dalam aksi pusingan 16 terbaik kempen Piala Dunia 1998.

ARTIKEL YANG SAMA