England persiapkan diri untuk Piala Dunia

LONDON, 11 Jan – England telah menambah Nigeria dan Costa Rica yang sama-sama layak ke kejohanan Piala Dunia (WC) 2018, untuk aksi persahabatan sebelum melangkah ke Piala Dunia 2018, pada kelmarin.

Pasukan Gareth Southgate itu akan menentang Nigeria di Wembley pada 2 Jun dan menentang Costa Rica pada 7 Jun di Stadium Leeds United, Elland Road, ketika mereka membuat persiapan untuk kejohanan musim panas di Rusia itu.

England berada di tangga teratas kumpulan dalam kelayakan dan jurulatih Southgate melihat Nigeria dan Costa Rica sebagai pasukan yang ideal untuk dilawan sementara membuat persediaan menentang dua pasukan lawan pada pusingan pertama WC 2018 iaitu Tunisia dan Panama.

“Kami kebanyakkan bermain bersama pasukan Europah sehingga kini dan perlawanan menentang Brazil (seri 0-0 dalam perlawanan persahabatan pada November lalu) bertindak sebagai peringatan bahawa kami perlu untuk membuat cabaran kepada diri kami dalam cara yang berbeza sebagai satu pasukan,” kata Southgate.

Southgate mahu mendedahkan pasukan The Three Lions kepada gaya permainan yang berbeza dan pengalaman yang berbeza. – AFP

“Kami pergi ke Piala Dunia di mana kami akan menentang negara dari Afrika dan Amerika Tengah supaya kami dapat rentak permainan yang sama menentang Nigeria dan Costa Rica, tapi ini bukan hanya tentang permainan yang kami ada dalam kumpulan tetapi diharapkan lebih daripada itu juga,” katanya.

“Kami mahu mendedahkan pasukan ini kepada gaya yang berbeza dan pengalaman yang berbeza.”

England – yang mempunyai prestasi terbaik Piala Dunia sejak memenangi kejohanan itu pada 1966, dan dalam aksi separuh akhir menerusi sepakan penalti kepada Jerman Barat pada 1990 – sudah bakal menentang Belanda dan Itali, dua pemain gergasi dunia yang gagal melayakkan diri untuk ke Piala Dunia Rusia – untuk persahabatan pada bulan Mac ini.

Pasukan Southgate memulakan kempen Piala Dunia melawan Tunisia di Volgograd pada 18 Jun. Mereka kemudian bermain Panama di Nizhny Novgorod pada 24 Jun sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Belgium empat hari kemudian di Kaliningrad. – AFP