England raih tempat ketiga

England raih tempat ketiga

VANCOUVER, Kanada, 5 Julai (AFP) – England memenangi tempat ketiga Piala Dunia Wanita 2015 selepas menundukkan Jerman 1-0 di Stadium Komanwel, sebentar tadi.

Farah Williams memastikan kemenangan pasukannya selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-108.

Penalti itu diberikan selepas Lianne Sanderson dijatuhkan oleh pemain Jerman, Tabea Kemme dalam perebutan dalam kawasan gawang.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar permainan sebelum saingan dilanjutkan ke masa tambahan dalam aksi perebutan tempat ketiga dan keempat itu.

Ia adalah kemenangan kali England yang dalam ranking keenam dunia ke atas pasukan nombor satu dunia, Jerman.

Pemain England meraikan kemenangan 1-0 ke atas Jerman untuk memenangi pingat gangsa Piala Dunia Wanita 2015 di Edmonton semalam. - AFP
Pemain England meraikan kemenangan 1-0 ke atas Jerman untuk memenangi pingat gangsa Piala Dunia Wanita 2015 di Edmonton semalam. – AFP

England gagal melangkah ke final selepas gawang mereka dibolosi gol sendiri oleh pemain pertahanan, Laura Bassett pada masa kecederaan ketika penentang Jepun pada separuh akhir dengan keputusan 2-1.

Jerman adalah juara Piala Dunia pada 2003 dan 2007, juga gagal ke final tahun ini selepas tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat.

Jepun akan menentang Amerika Syarikat pada final di Vancouver esok dan ia adalah perlawanan ulang pada final 2011 lalu.

ARTIKEL YANG SAMA