England, Scotland bakal dikenakan denda

England, Scotland bakal dikenakan denda

ZURICH, 18 Nov – FIFA hari ini membuka kes ‘disiplin’ terhadap England dan Scotland kerana memakai simbol bunga popi dalam penghormatan kepada mangsa peperangan Britain.

Badan pengendali bola sepak dunia itu tidak mengatakan pemakaian simbol itu melanggar larangan mereka dalam pemakaian simbol politik namun kes itu adalah satu lagi langkah dalam perjalanan untuk memberi sekatan terhadap kedua-dua negara tersebut.

“Kami boleh mengesahkan prosiding disiplin telah dibuka berikutan hal ini,” seorang jurucakap FIFA memberitahu AFP apabila ditanya mengenai tindakan yang dirancang selepas perlawanan pada 11 November di Wembley.

FIFA berkata ia tidak akan mengulas lanjut terhadap kes itu “atau membuat spekulasi akan sebarang keputusannya”.

Para pemain dari kedua-dua pasukan dan juga pengurus sementara England Gareth Southgate memakai simbol itu pada perlawanan di Wembley yang dimenangi oleh England 3-0.

Para pemain England dan Scotland memakai lilitan lengan dengan simbol bunga popi pada perlawanan kedua-dua pasukan pada 11 November lepas. – AP
Para pemain England dan Scotland memakai lilitan lengan dengan simbol bunga popi pada perlawanan kedua-dua pasukan pada 11 November lepas. – AP

Pertubuhan Bola Sepak England (FA) telah berkata ia akan melawan sebarang denda dan percaya “kedudukan undang-undang mereka adalah betul dan moral kami dalam kedudukan betul”.

Hari Armistis pada 11 November adalah hari tradisi di Britain untuk memberikan penghormatan kepada mangsa peperangan negara itu. Ireland utara dan Wales juga ingin memakai simbol popi itu, namun selepas perundingan dengan FIFA mereka hanya memakai lilitan lengan hitam dan tiada simbol popi.

FIFA telah mengenakan larangan terhadap sebarang simbol “politik, keagamaan atau slogan peribadi, keterangan atau imej” pada pakaian kit pemain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA