England selepas ‘Big Shame’

England selepas ‘Big Shame’

LONDON, 29 Sept – Gareth Southgate berjanji untuk membawa ‘kestabilan’ dalam meningkatkan pasukan England semalam selepas Sam Allardyce mengakui ‘kesilapan dalam penilaian’ adalah di sebalik penyingkirannya sebagai pengurus pasukan kebangsaan.

Kerjaya Allardyce sebagai pengurus pasukan England berakhir hanya selepas 67 hari Selasa lalu berikutan ulasan kontroversi yang didedahkan oleh seorang wartawan yang menyamar. Southgate dilantik menjadi bos sementara pasukan senior England itu dari jawatannya sebagai pengurus pasukan Bawah 21 tahun.

Bekas pertahanan England itu akan membimbing The Three Lions bagi kelayakan Piala Dunia menentang Malta di Wembley 8 Oktober depan, disusuli perlawanan menentang Slovenia, Scotland dan aksi persahabatan bertemu Sepanyol.

“Ia jelas kedudukan sukar bagi FA (badan induk Persatuan Bola Sepak England) tetapi adalah penting ada kestabilan yang berterusan bagi semua orang,” kata Southgate dalam kenyataan FA.

“Jadi, dari padangan saya, adalah penting untuk melangkah ke depan dan memberikan kami peluang sebaik mungkin untuk memenangi perlawanan ini.”

Southgate menambah: “Fokus sekarang adalah untuk beraksi bola sepak, meletakkan persembahan yang bagus dan mendapatkan keputusan, bermula dengan menentang Malta di Wembley.

“Itu adalah empat perlawanan besar kami sebagai sebuah negara. Saya bersedia untuk mencabar dan saya yakin kami boleh mendapatkan keputusan yang bagus.”

Sebelum ini, Allardyce memberitahu wartawan di luar kediamannya di Bolton, barat laut England semalam bahawa dia kesal perbincangannya bersama pasukan penyamar: “Saya rasa dalam gambaran itu ia adalah perkara bodoh untuk dilakukan.

“Tetapi untuk memaklumkan semua orang, saya membantu apa yang semua orang tahu selepas 30 tahun (ejen bola sepak Scott McGravey). Malangnya ia kesilapan penilaian bagi pihak saya dan saya menerima akibatnya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA