England tersingkir Piala Dunia Rugby

England tersingkir Piala Dunia Rugby

UNITED KINGDOM, 4 Okt (AFP) – Catatan 28 mata yang dilakukan oleh Bernard Foley meletakkan England menjadi negara pertama tuan rumah tersingkir daripada Piala Dunia Ragbi peringkat kumpulan tatkala Australia menang 33-13, di sini, malam tadi. Pemain berusia 25 tahun itu yang mengatasi rekod Matt Burke pada 1998 ketika Australia bertemu England, berjaya melakukan dua try manakala bakinya menerusi sepakan.

Kemenangan itu juga sekali gus memastikan Australia dan Wales yang berada dalam Kumpulan A mara ke peringkat suku akhir.

Kedua-dua pasukan akan berentap pada minggu depan bagi menentukan juara kumpulan.

Reaksi pemain England selepas tewas kepada Australia semalam. – Reuters
Reaksi pemain England selepas tewas kepada Australia semalam. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA