Eni jumpa padang gas asli gergasi

Eni jumpa padang gas asli gergasi

CAIRO, 31 Ogos (AFP) – Syarikat tenaga gergasi Itali Eni kelmarin mengumumkan penemuan padang gas asli luar pantai “paling besar” di Mediterranean dalam kawasan perairan Mesir.

Penemuan itu, disahkan oleh kementerian minyak Mesir, yang berpotensi mengandungi 850 bilion kubik meter gas asli dalam kawasan kira-kira 100 kilometer persegi (40 batu persegi), ia berkata dalam satu keterangan.

Projek yang digelar Zohr itu “penemuan gas terbesar yang pernah dijumpai di Mesir dan di laut Mediterranean,” katanya, menambah penemuan itu akan memenuhi permintaan gas asli sendiri selama beberapa dekad.

Padang “gergasi” itu berpotensi sebagai salah satu penemuan gas asli terbesar di dunia terletak pada kedalaman 4,757 kaki (1,450 meter) di Sharouk Block, menurut Eni.

Ia berkata Ketua Pegawai Eksekutif Eni, Claudio Descalzi, telah melawat Kaherah dan membincangkan penemuan itu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Perdana Menteri Ibrahim Mahlab.

Syarikat tenaga gergasi Eni menemui padang gas asli gergasi di luar pantai Mesir yang akan menyumbang kepada ekonomi. – Reuters
Syarikat tenaga gergasi Eni menemui padang gas asli gergasi di luar pantai Mesir yang akan menyumbang kepada ekonomi. – Reuters

“Penemuan bersejarah itu akan dapat mengubah senario tenaga di Mesir,” Descalzi berkata dalam satu keterangan.

Firma itu berkata ia akan “serta-merta menilai padang itu dengan tujuan mempercepatkan pembangunan pantas penemuan itu”, memberikan satu tempoh masa selama empat tahun.

Pada bulan Mac, syarikat tenaga gergasi Britain BP mendedahkan rancangan untuk melaburkan AS$12 bilion di padang gas luar pantai Mesir dengan rakan Rusia DEA, meskipun kemerosotan pada harga minyak dunia.

Ia berkata pelaburan di padang Delta Barat Nil bermatlamat untuk membina lima trilion kubik kaki sumber-sumber gas dan 55 juta tong kondensat, dengan pengeluaran yang dijangka bermula pada 2017.

ARTIKEL YANG SAMA