Enjin Audi menang anugerah

Enjin Audi menang anugerah

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Enjin Audi 2.5 liter TFSI telah memenangi “Enjin Antarabangsa Tahun ini” bagi tahun 2015 dalam Kategori 2 .0 ke 2.5 liter. Ini merupakan kemenangan enam kali berturut buat enjin lima silinder Audi.

Pakar panel antarabangsa melibatkan 65 wartawan automotif mengundi enjin 2.5 TFSI sebagai pemenang dalam kelasnya. Pengadil memberikan sebab atas keputusan tersebut: “Kualiti Audi yang dipercayai dan tuning yang sangat baik membuatkan enjin ini memberikan pemanduan yang selesa. Tiada bunyi rekaan sintetik yang boleh menggantikan bunyi enjin lima silinder yang hebat ini.”

Anugerah ini merupakan pengesahan yang hebat dalam kemajuan strategik canggih enjin ini.

Audi RS 3 Sportback yang baru, dimuatkan dengan enjin direct injection dan berkuasa turbo 2.5 TFSI menghasilkan 367 kuasa kuda (270 kW) dan menjadikan RS 3 Sportback kereta yang paling berkuasa pada kelas premium compact. Tork tertingginya 465 Nm (343.0 lb-ft) boleh dicapai pada 1,625 rpm dan kekal sehingga 5,500 rpm.

Enjin Audi 2.5 TFSI yang telah memenangi anugerah “Enjin Antarabangsa Tahun ini”.
Enjin Audi 2.5 TFSI yang telah memenangi anugerah “Enjin Antarabangsa Tahun ini”.

Daya pecutan kereta tersebut dari 0-100 kilometer per jam boleh dicapai dalam masa 4.3 saat dan boleh mencecah kelajuan 280 kilometer per jam.

Ini merupakan kali kesebelas enjin dari Audi dipilih menjadi “Enjin Antarabangsa Tahun Ini.” Antara tahun 2005 dan 2009, Audi memenangi anugerah tersebut lima kali berturut-turut dengan enjin 2.0 TFSI di kategori 1.8 ke-2.0 liter. Ini menunjukkan kemenangan enam kali berturut-turut untuk enjin 2.5 liter TFSI.

ARTIKEL YANG SAMA