Enjin Diesel Creta diperkenal

Enjin Diesel Creta diperkenal

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Sejak diperkenalkan di negara ini beberapa bulan yang lalu, Creta yang merupakan tambahan kepada barisan kenderaan Sport Utility (SUV) Hyundai, telah berjaya menarik ramai peminat kereta tempatan memiliki model tersebut.

Hampir kesemua kereta Hyundai Creta yang dibawa masuk ke negara ini telah dijual. Antara tarikan utama yang ada pada model ini ialah kerana ia memiliki segalanya terutama buat yang berkeluarga.

Sebutan ‘Creta’ diambil daripada nama Crete, sebuah pulau terbesar di Greek. Terletak di Laut Mediterranean, Crete menjadi fokus menghubungkan Greece ke Eropah, Asia dan Afrika.

Tidak hairanlah jika Creta akan menjadi model global bagi jenama Hyundai dalam jenama segmen kenderaan yang membangun.

Selain model enjin 1.6 liter petrol dengan kuasa 123 Ps pada 6400rpm, Syarikat Setia Motors Sdn Bhd selaku pengedar utama kenderaan Hyundai di Brunei, turut memperkenalkan model enjin Diesel dikuasakan dari U2 CRDi VGT 1.6 liter boleh didapati sama ada pilihan transmisi 6 kelajuan automatik atau manual.

Hyundai Creta kini boleh didapati dengan versi enjin Diesel dengan kelengkapan dan teknologi yang sama.
Hyundai Creta kini boleh didapati dengan versi enjin Diesel dengan kelengkapan dan teknologi yang sama.

Pelanggan juga menerima monitor skrin sentuh LCD 5 inci AM/FM Radio dengan MP3, soket USB & AUX serta stereng dengan kawalan jauh sebagai pakej pilihan pelanggan.

Tambahan lagi, pemilik kereta ini antara lain akan menerima sistem kamera undur, tayar aloi 17 inci dan Bluetooth Handsfree yang juga boleh didapati secara permintaan.

Creta dilengkapkan dengan enam beg udara keselamatan.

Selain itu, ia adalah salah sebuah model SUV yang mempunyai rangka besi yang kuat menggunakan Advanced High Strength Steel (AHSS) dan Ultra High Strength Steel (UHSS), frem yang berbentuk seperti cincin dipasang di B-Pillar, C-Pillar dan ruang enjin bagi membantu mencapai ketegaran badan yang tinggi (high body rigidity), meningkatkan ketahanan dan prestasi keselamatan jika berdepan kemalangan.

ARTIKEL YANG SAMA