Enjin diesel EcoBlue Ford baru lebih mantap

Enjin diesel EcoBlue Ford baru lebih mantap

BIRMINGHAM, England, 28 April – Ford telah mengeluarkan enjin terbarunya, EcoBlue Ford, sebuah enjin diesel terkini yang pertama dimajukan yang akan mengoptimumkan kecekapan bahan api dan mengurangkan pelepasan CO2 dan NOX buat pelanggan, dengan menggunakan teknologi canggih dan reka bentuk yang inovatif.

Menurut kenyataan daripada Ford, ia telah dibina dalam industri terkemuka dan berteknologi enjin petrol EcoBoost Ford yang telah memenangi pelbagai anugerah.  Enjin diesel EcoBlue Ford akan menjana masa depan syarikat itu yang akan dimuatkan didalam kenderaan berpenumpang dan kenderaan komersil dengan hasil pengeluaran kuasa antara 100 PS hingga 240 PS. Enjin empat silinder 2.0 liter EcoBlue Ford akan membuat kemunculan pertamanya dalam kereta Ford Transit baru dan kenderaan komersial Transit, yang memperlihatkan pakej yang tiada tandingan dalam kecekapan bahan api, prestasi dan penapisan minyak mentah.

Tahap Pemanduan dipertingkatkan dengan 20 peratus dengan lebih tork pada 1,250 rpm berbanding dengan kuasa yang bersamaan 2.2 liter enjin diesel TDCi, yang membantu pemandu kenderaan komersil untuk menangani senario pemanduan yang mencabar seperti memotong kereta yang lambat. Enjin baru itu juga mengurangkan pancaran bunyi sebanyak 4 desibel. Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford Eropah, Jim Farley dipetik sebagai berkata “Ford EcoBoost mencipta satu standard baru bagi enjin petrol – lebih kecil, lebih cekap dengan prestasi yang memukau.

Enjin baru  EcoBlue Ford.
Enjin baru EcoBlue Ford.