Enjin EcoBoost Ford diiktiraf Antarabangsa

Enjin EcoBoost Ford diiktiraf Antarabangsa

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Dengan hanya 1.0 liter, kecil dan berkuasa, enjin EcoBoost Ford telah dipilih sebagai enjin terbaik di Anugerah Enjin Antarabangsa pada tahun ini, selama lima tahun berturut-turut.

Enjin EcoBoost tiga silinder ini telah dinamakan sebagai ‘Enjin terbaik di bawah 1.0 liter’ oleh panel-panel terdiri daripada 65 wartawan automatif dari 31 negara, yang telah memenangi kelasnya setiap tahun sejak pelancarannya.

Hakim memuji gabungan pemanduan, prestasi, penjimatan, penghalusan dan teknologi yang terus menetapkan standard.

Pada tahun ini, ia telah bersaing dengan 32 enjin, 19 lebih berbanding tahun 2012 dan pada tahun 2015 terdapat peningkatan dalam persaingan daripada pengeluar automotif global yang mengeluarkan enjin 1.0 liter dengan suntikan terus bahan api turbocharged.

Pada tahun 2014, Enjin 1.0 liter EcoBoost menjadi enjin pertama yang diiktiraf sebagai engin terbaik keseluruhan antarabangsa buat kali ketiga berturut-turut. Pada tahun 2012 ia juga telah dinamakan ‘Enjin Baru Terbaik’.

Enjin EcoBoost Ford 1.0 liter.
Enjin EcoBoost Ford 1.0 liter.

Menurut Naib Presiden, Pembangunan Produk, Ford Asia Pasifik, Trevor Worthington dipetik sebagai berkata “Enjin1.0-liter EcoBoost adalah satu inovasi yang memberi perubahan, walaupun orang lain mengikuti jejak kita, ia masih penanda aras yang tidak dipertikaikan dalam kelasnya dalam lima tahun mendatang.

“Ia merupakan cara kami untuk terus membuat pembaharuan bagi membawa pelanggan kami dengan menyediakan jarak kuasa yang mereka perlukan dan kemampuan kuasa yang mereka mahukan di Asia Pasifik dengan enjin EcoBoost melalui barisan produk kami yang semakin berkembang.”

Di Brunei, enjin EcoBoost ini boleh didapati dalam dua model – Mondeo, dikuasakan oleh enjin EcoBoost berkuasa 2.0 liter dan Kuga dengan bahan api 1.6 Liter EcoBoost yang cekap.

Di peringkat global, enjin EcoBoost Ford yang mantap lagi cekap bahan api itu termasuk pada enjin empat silinder 1.5 liter, 1.6 liter, 2.0 liter dan enjin V6 2.3 liter dan 2.7 liter dan 3.5 liter.