Enjin kereta terbakar, tiada korban jiwa dilaporkan

Enjin kereta terbakar, tiada korban jiwa dilaporkan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Sebuah kereta mengalami kerosakan teruk apabila bahagian enjinnya terbakar dalam kejadian yang berlaku pada jam 11:05 malam tadi di Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, Berakas.

Dua buah jentera dari Balai Bomba Berakas dan sebuah jentera dari Unit Operasi Wanita telah dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

Menurut laporan yang dikeluarkan, hari ini, sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati api besar telah membakar keseluruhan bahagian enjin kereta berkenaan.

Bagaimanapun, pemandunya yang merupakan seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan selamat dan tidak ada sebarang kecederaan serta tiada korban jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dipercayai daripada penyambungan yang longgar di bahagian ‘realy’ lampu ‘high intensity discharge’. Manakala itu, jumlah kerugian masih lagi dalam penyiasatan.

ARTIKEL YANG SAMA