Enjin pesawat 747 tertanggal

Enjin pesawat 747 tertanggal

TEHRAN, 15 Okt – Enjin pesawat Beoing 747 yang dioperasikan oleh Mahan Air Iran tertanggal daripada pesawat berkenaan hari ini sejurus selepas ia berlepas dari Tehran, mengakibatkan rasa gentar di kalangan penumpang namun tidak ada yang cedera, lapor media tempatan.

Pesawat 747, dengan 300 penumpang di dalamnya, dalam penerbangan dari lapangan terbang bandar Mahrabad menuju ke Bandar Abbas di selatan Iran apabila salah satu enjinnya terhempas ke padang berhampiran, memaksa pesawat jumbo berkenaan untuk kembali dan membuat pendaratan kecemasan.

Iran sangat terdesak ingin mempertingkatkan armada pesawatnya sebanyak 140 buah yang sudah uzur, yang telah dilumpuhkan oleh sekatan berkaitan nuklear dan lainnya yang juga telah menyebabkan kesukaran mencari sumber alat ganti lain.

Penyekatan itu sebahagiannya dibatalkan oleh persetujuan sementara ke atas program nuklear Iran yang berkuat kuasa pada Januari 2014.

Ini membolehkan penjualan bagi alat ganti, walaupun jualan langsung pesawat udara masih ditegah.

Persetujuan terakhir dicapai di Vienna pada 14 Julai, dijangka akan diimplementasikan pada permulaan 2016, akan membatalkan sekatan dalam pertukaran bagi meletakkan kekangan pada program nuklear Iran.

Iran merancang untuk membeli pesawat penumpang Airbus dan Boeing menerusi persetujuan bayaran jangka panjang sebaik saja persetujuan itu berkuat kuasa, kata Menteri Pengangkutan, Abbas Akhoundi bulan lepas.

Untuk membeli pesawat baru, “rundingan kami hampir berkaitan dengan Airbus dan Boeing, dan kami telah menyediakan mereka dengan rancangan dan keperluan kami sehingga 2020,” ujarnya.

Pada Ogos, seorang pegawai penerbangan awam mengatakan negaranya telah merancang untuk membeli 80 ke 90 buah pesawat Airbus dan Boeing setahun sehingga ia memiliki armada kukuh baru sebanyak 300 buah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA