Enjin pesawat Korean Air terbakar

Enjin pesawat Korean Air terbakar

TOKYO, 27 Mei – Kira-kira 300 penumpang dan anggota krew sedang dipindahkan daripada pesawat Korean Air Boeing 777 di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dalam adegan dramatik selepas salah satu enjin terbakar, kata pegawai hari ini.

Gambar TV daripada lapangan terbang menunjukkan kapal terbang, yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpol di Korea Selatan, dikelilingi trak bomba dan dengan kawasan di sekitar sayap kiri disimbah dalam busa. Gelongsor pemindahan kecemasan kapal terbang telahpun digunakan.

“Penerbangan Boeing 777 mengalami kebakaran di Enjin No. 1,” kata jurucakap Korean Air kepada AFP. “Kapal terbang dalam perjalanan ke lapangan terbang Kimpo dari Haneda mempunyai 302 penumpang dan 17 anggota krew. Kebakaran telahpun dipadamkan.”

Asap kelihatan keluar daripada kapal terbang ketika ia berlepas pada kira-kira pukul 3:40 petang, kata pegawai kementerian pengangkutan Jepun dan lapangan terbang kepada AFP. Penumpang dan krew dipindahkan dan tidak adanya kecederaan serius yang dilaporkan, kata pegawai jabatan bomba.

“Setakat ini kami tahu 19 orang cedera ringan, ada di antaranya berkata mereka rasa tidak sihat,” beritahunya kepada AFP. Berpuluh kereta bomba dihantar ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan, kata beliau. – AFP

Anggota bomba berkumpul berhampiran enjin pesawat  Korean Air berikutan api marak di enjin pesawat tersebut di landasan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo kelmarin. – AP
Anggota bomba berkumpul berhampiran enjin pesawat Korean Air berikutan api marak di enjin pesawat tersebut di landasan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA