Enjin terbakar tiba-tiba

Enjin terbakar tiba-tiba

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 29 Mei – Seorang pemandu yang hendak pergi ke tempat kerja selepas solat Jumaat, bingung apabila enjin keretanya terbakar dalam kejadian di kawasan pusing keliling Teko, di sini, hari ini.

Awang Mohd Nur Azman bin Haji Abdul Wahab, 47, yang bekerja di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait berkata keretanya tiba-tiba mati ketika dalam perjalanan kira-kira pukul 2 petang dan segera memberhentikan keretanya di tepi jalan.

“Apabila saya cuba untuk menghidupkan enjin semula ketika itulah asap hitam mula keluar dari bonet enjin kereta saya lalu diikuti oleh api yang mula marak dan ketika itulah saya meminta bantuan,” ujarnya sambil menambah pemandu-pemandu yang prihatin turut berhenti untuk memberi bantuan.

Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari cawangan Belait telah berjaya memadamkan kebakaran berkenaan.

Enjin kereta Awang Mohd Nur Azman terbakar ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Enjin kereta Awang Mohd Nur Azman terbakar ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian berkenaan juga telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas namun berjaya dikawal oleh anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

Kejadian tersebut kini dalam siasatan pihak polis.

ARTIKEL YANG SAMA