Enner Valencia penyelamat Ecuador

Enner Valencia penyelamat Ecuador

LA PAZ, Bolivia 12 Okt – Penyerang Everton, Enner Valencia melengkapkan minggu cemerlang dengan dua gol ketika Ecuador bangkit selepas ketinggalan untuk seri 2-2 dengan Bolivia dalam kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan semalam.

Valencia menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 untuk memberikan Ecuador perkongsian mata selepas lebih awal memberikan harapan pada minit ke-48.

Valencia yang berpangkalan di England menyelamat kedudukan selepas Bolivia mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi dua rembatan jarak jauh veteran Pablo Escobar.

Escobar melepaskan ledakan kencang 30 ela untuk memberikan Bolivia pendahuluan selepas empat minit sebelum menjaringkan satu lagi dua minit sebelum tamat separuh masa pertama untuk menukar kedudukan menjadi 2-0 di La Paz. – AFP

Enner Valencia ketika berjaya menyumbat gol kedua untuk jaringan penyamaan dengan Bolivia di La Paz, kelmarin. – AFP
Enner Valencia ketika berjaya menyumbat gol kedua untuk jaringan penyamaan dengan Bolivia di La Paz, kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA