Enrique enggan ulas masa depan

Enrique enggan ulas masa depan

Barcelona's coach Luis Enrique celebrates after the UEFA Champions League Final football match between Juventus and FC Barcelona at the Olympic Stadium in Berlin on June 6, 2015. FC Barcelona won the match 1-3.        AFP PHOTO / PATRIK STOLLARZ
Barcelona’s coach Luis Enrique celebrates after the UEFA Champions League Final football match between Juventus and FC Barcelona at the Olympic Stadium in Berlin on June 6, 2015. FC Barcelona won the match 1-3. AFP PHOTO / PATRIK STOLLARZ

BERLIN, 8 Jun (Reuters) – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique (gambar) enggan menyatakan sama ada dia masih kekal menerajui kelabnya pada musim seterusnya selepas berjaya membawa Barca mendakap tiga trofi kejuaraan musim ini termasuk Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi.

Kemenangan Barca ke atas Juventus 3-1 dalam perlawanan akhir di Berlin itu, bermakna mereka menjadi pasukan pertama memenangi liga domestik dan Piala Eropah serta pertandingan kelab elit pada musim sama dua kali, mengulangi rekod 2009.

Pencapaian kelab Sepanyol itu nyata luar biasa biarpun terpalit krisis institusi sekitar awal tahun ini yang membawa kepada pemecatan pengarah sukannya, Andoni Zubizarreta.

Luis yang dilantik Zubizarreta, jelas tidak berpuas hati dengan pemecatan itu, mengundang spekulasi kemungkinan perubahan jurulatih juga boleh berlaku.

Bagaimanapun, Luis menangkis beberapa soalan mengenai masa depannya pada sidang media selepas tamat perlawanan pagi tadi, sebaliknya dia hanya mahu memberi tumpuan untuk meraikan kemenangan trofi Liga Juara-Juara.

“Tiada apa yang disahkan tetapi saya mengesahkan akan ada parti besar malam ini. “Matlamat saya adalah untuk menikmati masa ini, menikmati musim panas yang bagus,” kata bekas pemain tengah Barca dan Sepanyol itu kepada pemberita.

“Kami tidak pernah membayangkan kita boleh memenangi tiga gelaran. Anda cuba untuk melakukan kerja anda dengan baik tetapi dengan barisan pemain yang ada, membuat semuanya lebih mudah,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA