Enrique mahu kekal di Anfield

Enrique mahu kekal di Anfield

LONDON, 13 Ogos – Pertahanan Liverpool yang dilupakan, Jose Enrique berikrar untuk kekal bersama kelab dan bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelesan utama biarpun ‘disisihkan’ oleh pengurus Brendan Rodgers, akhbar Liverpool Echo melaporkan.

Pemain dari Sepanyol berusia 29 tahun itu yang memasuki tahun akhir kontraknya di Anfield, digugurkan daripada persediaan pra musim kelab bersama Mario Balotelli dan Fabio Borini.

Enrique, yang kehilangan tempat dalam skuad kepada pemain muda, Joe Gomez dalam kemenangan Liverpool ke atas Stoke City pada pembukaan musim, dikaitkan dengan perpindahan ke West Bromwich Albion, tetapi pemain dari Sepanyol itu berkata kekurangan pilihan pemain berpengalaman Liverpool di bahagian pertahanan akan menyaksikannya kembali kepada pasukan pertama dalam beberapa bulan.

“Saya berada dalam kedudukan sukar,” kata Enrique. “Kelab telah menyisihkan Balotelli, Borini dan saya. Saya masih mempunyai baki kontrak setahun dan saya membayangkan kelab mahu menjual, tetapi saya mahu kekal dan bersaing seperti selalu,” tambahnya.

Jose Enrique
Jose Enrique

“Saya tidak akan menyerah kalah. Saya tahu berdasarkan pengalaman bola sepak berubah dari siang ke malam. Enrique menjalani pembedahan bagi kecederaan lutut yang serius pada 2013 dan gagal untuk mengembalikan rentak terbaiknya. Dia membuat 66 kemunculan dalam Liga Perdana bersama Liverpool sejak meninggalkan Newcastle United pada 2011.

“Saya merasa bagus selepas dua tahun dengan ketidakselesaan lutut. Dalam skuad ini kami hanya mempunyai seorang pemain pertahanan di bahagian kiri (Alberto Moreno) dan saya tahu jika saya kekal, saya akan beraksi. Saya membuktikan sebahagian orang adalah salah.”

Enrique berkata berpindah dari Anfield adalah kemerosotan dalam kerjayanya. “Apa yang saya fikir saya tidak akan beraksi dalam pasukan yang lebih baik daripada ini. Liverpool adalah pesaing Manchester United,” katanya.

“Saya memiliki pilihan bagus untuk kembali ke Sepanyol, tetapi sukar kerana ekonomi berbeza berbanding apa yang ada di sini.

“Pasukan yang boleh berurusan dengan apa yang dibayar di England adalah Real Madrid dan Barcelona, jadi saya mahu kekal di sini sehingga kaki menghentikan saya.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA