Enrique pertahankan Neymar

Enrique pertahankan Neymar

BARCELONA, 21 Sept – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique menegaskan memang kemahiran Neymar seharusnya digunakan berbanding dikritik selepas pemain kesayangan Brazil itu sekali lagi menjadi tumpuan.

Bekas midfield Barca dan Real Madrid, Michael Laudrup secara kontroversi mengkritik Neymar kerana mempamerkan kemahiran penuhnya pada hujung perlawanan kemenangan Barca 5-1 ke atas Leganes Sabtu lalu.

“Neymar memiliki gayanya sendiri, gaya yang saya rasa khusus bagi bola sepak. Kami menikmatinya di Barcelona,” kata Enrique menjelang persaingan besar Barca dalam La Liga menentang Atletico Madrid hari ini.

“Terdapat ramai pemain yang menghuraikan bola sepak seperti itu. Ia adalah perkara budaya yang lebih biasa di Amerika Selatan dan terutamanya pemain-pemain Brazil,” tambah Enrique.

“Ia sesuatu yang tidak seharusnya mengejutkan semua orang dalam bola sepak Sepanyol. Dia melakukannya sejak berada di sini.”

Neymar (kiri) diasak oleh pertahanan Leganes, Unai Bustinza dalam aksi La Liga di stadium Butarque di Leganes, 17 September lalu. – AFP
Neymar (kiri) diasak oleh pertahanan Leganes, Unai Bustinza dalam aksi La Liga di stadium Butarque di Leganes, 17 September lalu. – AFP

Gaya Neymar telah membawa kepada pertemuan hangat bersama Atletico pada masa lalu.

Bagaimanapun, jurulatih Atletico Diego Simeone mendakwa dia kagum dengan pemain berusia 24 tahun itu.

“Semua orang mempunyai gaya dan cara beraksi yang tersendiri. Dia seorang pemain yang saya sukai,” kata Simeone semalam.

“Mereka mengkritiknya, tetapi dia menikmatinya, dia menari, menyanyi dan dia memusnahkan anda. Mereka terus mengkritik, tetapi dia terus memberikan respons seperti itu.”

Kedua-dua pasukan berada dalam perlawanan itu dalam rentak bebas jaringan selepas menjaringkan lima gol pada hujung minggu.

Bagaimanapun, Enrique percaya Atletico akan kembali bertenaga apabila bertandang ke Camp Nou dan bergantung ke atas pertahanan untuk mencuba dan bertahan menentang Neymar, Lionel Messi dan Luis Suarez.

“Banyak pasukan sekarang bertahan menentang Atletico dan memberikan mereka bola, jadi mereka perlu untuk beraksi lebih lagi dalam ruang yang ketat. Saya tidak menjangka ia menentang kami,” kata Enrique lagi.

“Mereka boleh menekan tinggi, tanpa diragui dan mereka adalah pasukan terbaik untuk bertahan hampir ke kawasan sendiri. Ia menjelaskan kesukaran menentang Atletico Madrid.

“Mereka salah satu pasukan terbaik dalam La Liga Sepanyol dan pesaing bagi semua gelaran seperti selalunya semasa era Simeone.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA