Enrique puji persembahan Celta

Enrique puji persembahan Celta

MADRID, 24 Sept (AFP) – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique memuji kualiti persembahan oleh bekas kelabnya, Celta Vigo ketika mereka membenam juara Eropah itu 4-1 semalam.

Pasukan kendalian Enrique tiba di Galicia dengan rekod 100 peratus dalam La Liga, tetapi dikalahkan ketika jaringan dari Nolito dan John Guidetti dari pasukan itu dengan dua jaringan dari bekas pemain penyerang Liverpool, Iago Aspas melengkapkan kemenangan bagi Celta.

“Apabila pasukan itu lebih baik dari anda, tiada perlu untuk ditambah,” kata Enrique, yang mengetuai Celta ketika musim 2013-14 sebelum menyertai Barca.

“Saya lebih suka dikalahkan oleh pasukan yang beraksi seperti Celta, tanpa sebarang perangkap dan bola sepak sebenar. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka dan menggesa mereka untuk beraksi terus seperti itu.”

Barca sekarang bolos empat gol dalam satu perlawanan tiga kali dengan hanya sembilan perlawanan musim ini. Bagaimana pun, Javier Maschrano mendakwa persaingan itu membimbangkannya berbanding tiga pemenang musim lalu.

Pemain hadapan Celta Vigo, Iago Aspas (kiri) bersaingan dengan pemain pertahanan Barcelona, Jeremy Mathieu, pada perlawanan di Stadium Balaidos di Vigo pada 23 September 2015. – AFP
Pemain hadapan Celta Vigo, Iago Aspas (kiri) bersaingan dengan pemain pertahanan Barcelona, Jeremy Mathieu, pada perlawanan di Stadium Balaidos di Vigo pada 23 September 2015. – AFP

“Ia selalu sukar untuk tewas di Barca. Kami bersemangat dan apa yang kami boleh lakukan sekarang adalah memikirkan mengenai Sabtu ini dan ingat apa yang berlaku musim lalu,” kata pemain dari Argentina itu.

“Terdapat satu hari apabila pasukan lawan lebih baik dan menewaskan anda dalam setiap perebutan bola. Sebahagian darinya adalah kesilapan kami dan sebahagiannya darinya kekuatan mereka.

“Kami tidak mempunyai sebarang alasan. Mereka menewaskan kami dan kami perlu bekerja keras. Lebih membimbangkan adalah kami merasa disaingi.”

Celta juga mengejutkan Barca 1-0 di Camp Nou musim lalu dan jurulatih mereka, Eduardo Berizzo percaya persembahan mereka begitu bernilai dari keputusan yang sensasi itu.