Enrique risau Neymar cedera

Enrique risau Neymar cedera

LEVERKUSEN, 10 Dis – Jurulatih Barcelona, Luis Enrique (gambar bawah) bimbang Neymar mungkin terpaksa berehat panjang selepas bintang Brazil itu mengalami kecederaan pangkal paha sebelum perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara.

Meskipun sekadar terikat 1-1 di Bayer Leverkusen pagi tadi, juara bertahan itu sebelum ini sudah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir saingan berprestij Eropah itu buat tahun ke-12 berturut-turut.

Enrique memilih menurunkan skuad keduanya di Bay Arena dengan hanya empat pemain utama berada dalam kesebelasan utama iaitu Marc-Andre ter Stegen, Ivan Rakitic, Jordi Alba dan kapten Lionel Messi.

Jaringan awal Messi dipadamkan oleh gol penyamaan Javier Hernandez, namun walaupun berjaya skuad pelawat, pasukan Jerman itu itu tetap tersingkir.

Dengan Roma terikat 0-0 di laman sendiri kepada BATE Borisov, Leverkusen perlu menewaskan Barca untuk mara tetapi skuad kendalian Roger Schmidt itu mempersia-siakan beberapa peluang.

Bayer Leverkusen v FC Barcelona - UEFA Champions League Group Stage - Group E

Mereka yang menutup saingan Kumpulan E di kedudukan ketiga hanya dipisahkan ke pusingan kalah mati berdasarkan agregat gol selepas terikat enam mata bersama Roma untuk meneruskan cabaran di Liga Europa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA