Enrique yakin Barca boleh bangkit

Enrique yakin Barca boleh bangkit

BARCELONA, 12 Sept – Jurulatih Barcelona Luis Enrique menjangkakan juara Sepanyol itu tidak terkesan daripada kekalahan mengejut mereka dalam saingan La Liga ke atas Alaves apabil Celtic membuat aksi kembali mereka pada Liga Juara-juara di Nou Camp esok.

Enrique menjadi punca kekalahan selepas tidak memainkan Lionel Messi dan Luis Suarez lebih awal untuk memulakan kempen yang berakhir dengan kemenangan pertama menakjubkan Alaves dalam saingan La Liga dengan keputusan 2-1 di Nou Camp Sabtu lepas.

“Saya lebih suka untuk tidak kalah langsung,” ujar Enrique hari ini.

Luis Enrique ketika menghadiri sidang media menjelang perlawanan di antara Barcelona dan Celtic. - AP
Luis Enrique ketika menghadiri sidang media menjelang perlawanan di antara Barcelona dan Celtic. – AP

“Pasukan ini telah menikmati dua tahun (kejayaan) tanpa sebarang ragu, namun itu tidak bermaksud kami tidak boleh ditewaskan.

“Kami akan cuba untuk mengubah itu, namun kami tidak begitu gemar akan masa lampau. “Pasukan telah membuat tindak balas yang baik. Mereka begitu marah kerana kami tidak suka dan tidak biasa tewas di tempat sendiri.

“Kami mempunyai ruang tindak balas yang singkat di antara perlawanan.,” ujar Enriique – AFP