Enzo wira Real benam Leonesa

Enzo wira Real benam Leonesa

MADRID, 1 Dis – Anak jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, Enzo menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama skuad senior ketika juara Eropah itu membelasah Cultural Leonesa 6-1 untuk mara ke pusingan 16 terakhir Copa del Rey menerusi agregat 13-2.

Sebaliknya, Barcelona masih mempunyai tugas yang perlu dilakukan untuk mara ke pusingan seterusnya selepas terikat 1-1 di Hercules pada perlawanan pertama dalam pusingan 32 terakhir.

Enzo, anak sulung daripada empat anak Zidane yang semuanya bermain bola sepak pada tahap berbeza dalam pasukan remaja Real, diperkenalkan oleh bapanya yang juga bekas pemain legenda Real dan Perancis, pada separuh masa.

Pemain berusia 21 tahun itu yang sebelum ini dilatih oleh Zinedine di skuad belia sebelum dia mengambil alih jawatan tertinggi di Santiago Bernabeu pada Januari, menunjukkan kelibat bakat bapanya dengan kemasan rendah hanya selepas sejam perlawanan.

Aksi Enzo (tengah) ketika meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya menentang Cultural Leonesa di Stadium Bernabeu, Madrid, semalam. – AP
Aksi Enzo (tengah) ketika meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya menentang Cultural Leonesa di Stadium Bernabeu, Madrid, semalam. – AP

“Jika saya meletak jawatan sebagai jurulatih, maka saya gembira untuk melihat dia sebagai seorang bapa juga,” kata Zidane.

“Tetapi, saya menonton apa yang dia lakukan di atas padang sebagai jurulatih dan saya gembira bagaimana mereka semua beraksi.”

Selepas kemenangan 7-1 ke atas Leonesa pada perlawanan pertama, Real tampak belum puas pada perlawanan awal pagi tadi yang menyaksikan Mariano Diaz meledak hatrik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA