EON, RWE meterai perjanjian tenaga

BERLIN, 12 Mac – Syarikat gergasi tenaga Jerman EON merancang untuk mengambil alih Innogy, subsidiari yang boleh diperbaharui daripada pesaing RWE dalam satu perjanjian kompleks dengan nilai kira-kira AS$25 bilion, menurut kedua-dua syarikat semalam.

Persetujuan prinsip yang melibatkan pertukaran aset adalah sebahagian penstrukturan semula yang utama dalam pasaran tenaga Jerman tatkala ekonomi utama Eropah beralih dari tenaga konvensional kepada tenaga yang boleh diperbaharui.

Matlamat utama EON adalah untuk menumpu terhadap perniagaan runcit, rangkaian tenaga dan penyelesaian pelanggan, sementara itu, RWE akan mengambil alih penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui di kedua-dua syarikat. Sementara itu, RWE turut merancang untuk menjual 76.8 peratus sahamnya dalam Innogy kepada EON dalam satu perjanjian termasuk “pertukaran aset dan penyertaan yang meluas,” menurut EON, yang merancang untuk menawarkan pembayaran secara tunai kepada pemegang saham Innogy yang lain.

Sebagai balasan RWE akan memperoleh penyertaan secara efektif bagi 16.67 peratus dalam EON.

EON juga akan memindah kepada RWE sebahagian besar perniagaan yang boleh diperbaharui dan kepentingan minoriti yang dipegang oleh subsidiarinya PreussenElektra dalam dua loji tenaga nuklear yang dikendalikan RWE.

RWE juga akan menerima perniagaan penyimpanan gas dan Innogy yang diperbaharui serta saham Innogy dalam pembekal tenaga Austria, Kelag.

Perjanjian masih tertakluk kepada kelulusan kepercayaan, turut akan melihat RWE membuat pembayaran tunai sebanyak 1.5 bilion euro kepada EON.

Berikutan kelulusan daripada kedua-dua lembaga syarikat, perjanjian dijangka ditandatangani dalam sedikit masa sahaja lagi, menurut EON.

Perniagaan secara harian, Handelsblatt berkata bahawa sejak berdekad-dekad EON dan RWE merupakan dua pesaing yang sengit.

Namun sekarang kedua-dua mereka telah mencapai persetujuan dalam perjanjian yang hebat yang bakal menggoncangkan pasaran tenaga di Eropah. – AFP