EPK uji sistem negara tangani krisis dan situasi kecemasan

EPK uji sistem negara tangani krisis dan situasi kecemasan

Oleh Siti Nur Wasimah S & Pg Fairol RMF

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Eksesais Perisai Kebangsaan (EPK) 04 / 2015 akan dapat menguji sistem Negara Brunei Darussalam di seluruh sempadan di samping memberikan cara-cara bertindak balas dalam menangani krisis dan keadaan kecemasan.

Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar menjelaskan, eksesais yang bermula kelmarin sehingga esok (7 Oktober) ini menampilkan empat atau lima insiden yang berbeza dan merupakan cabaran-cabaran bagi agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengatasinya dan bersama-sama mengukuhkan koordinasi dan kerjasama bersama pihak yang terlibat.

EPK ini turut memberikan pengajaran yang perlu dipelajari oleh pihak yang berkepentingan dan pengajaran ini perlulah diteliti serta ditambah baik pada masa hadapan.

Selain itu, terdapat banyak lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu diteliti, ujar Yang Berhormat Pehin ketika ditemui media di Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mukim Mentiri yang merupakan kawasan terlibat dalam eksesais berkenaan.

Yang Berhormat Pehin seterusnya berkata, EPK tahun ini sangat diberkati dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dalam memberikan dorongan serta menyaksikan sendiri eksesais yang telah dijalankan.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mukim Mentiri.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mukim Mentiri.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung menyaksikan Pos Kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung menyaksikan Pos Kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Pengurusan Krisis Diraja Brunei di Jalan Kustin. – Gambar Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Pengurusan Krisis Diraja Brunei di Jalan Kustin. – Gambar Infofoto

Eksesais ini merupakan yang keempat diadakan, tetapi melibatkan jumlah anggota yang terbesar iaitu lebih 5,000 orang terlibat.

Yang Berhormat Pehin memberitahu, eksesais ini telah dirancang sejak tahun lalu yang mana persidangan perancangan awal telah diadakan pada Mac dan diteruskan pada Mei, manakala itu, ‘tabletop exercise’ pula telah diadakan pada September.

Sejurus selepas EPK di Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mukim Mentiri, sidang media telah diadakan di East Wing, Jabatan Perdana Menteri yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Ahli Jawatankuasa Keselamatan Negara, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Yang Dimuliakan Pehin menjelaskan bahawa pada hari pertama EPK, kelmarin, beberapa senario telah dilaksanakan dan senario hari ini ialah kemalangan udara yang melibatkan sebuah pesawat penerbangan awam.

Suasana Eksesais Perisai Kebangsaan di Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mukim Mentiri.
Suasana Eksesais Perisai Kebangsaan di Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mukim Mentiri.
Latihan senario krisis sebuah kapal terbang komersial terhempas.
Latihan senario krisis sebuah kapal terbang komersial terhempas.

pg04_151007_e

Beliau menjelaskan suasana negara dan jawatankuasa keselamatan negara masih di dalam keadaan dukacita.

Namun dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke kawasan malapetaka pagi tadi dapat mencerminkan keprihatinan terhadap sesuatu yang tidak diingini.

Eksesais ini melibatkan kawasan-kawasan perumahan dan komersial serta jalan-jalan raya utama di beberapa tempat di negara ini terutama sekali di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

Ia akan diteruskan lagi esok, oleh itu orang ramai dinasihatkan agar tidak merasa cemas dengan senario-senario yang dijalankan dan menghindari daripada memasuki kawasan di mana eksesais dijalankan.

Turut hadir semasa sidang media itu ialah Setiausaha Tetap (Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan) di Jabatan Perdana Menteri juga selaku Ketua Sekretariat Jawatankuasa Keselamatan Negara, Dato Paduka Haji Mohammad Juanda bin Haji A. Rashid dan Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

ARTIKEL YANG SAMA