EPL bukan liga terbaik

EPL bukan liga terbaik

LONDON, 25 Sept (DM) – Liga Perdana Inggeris menduduki tempat keempat dari segi nilai wang paling berbaloi untuk dibelanjakan peminat menyaksikan perlawanan bola sepak.

Dalam kajian terbaru dibuat itu Bundesliga Jerman menduduki tempat teratas diikuti La Liga Sepanyol dan Primeira Portugal di tangga ketiga.

Data disusun oleh Indeks Harga Bolasepak GoEuro menggabungkan beberapa statistik termasuk harga purata tiket setiap perlawanan dan ranking liga melalui persatuan setiap benua seperti UEFA, FIFA dan beberapa pangkalan data pihak ketiga.

Purata harga tiket EPL adalah tertinggi mengikut indeks terbabit iaitu 53.76 pound berbanding La Liga dengan purata 50.83 pound.

pg22_150926_a

Tiket perlawanan Bundesliga secara purata berharga 23.02 pound iaitu hampir tiga kali ganda kurang berbanding harga perlu dibayar menonton perlawanan kelab utama di England.

Ketua Eksekutif GoEuro chief Naren Shaam berkata: “Peminat membelanjakan kos hampir sama bertandang ke Jerman menyaksikan satu perlawanan Bundesliga dan menonton perlawanan EPL apabila berada di UK.

“Setiap minggu lebih 2,000 peminat Britain pergi ke Jerman menonton perlawanan Borussia Dortmund sementara 1,500 lagi ke St Pauli di Hamburg dan 1,000 ke Union Berlin,” katanya.

Berikut senarai 10 liga antarabangsa menawarkan nilai wang terbaik: (1) Jerman (2) Sepanyol (3) Portugal (4) England (5) Argentina (6) Perancis (7) Belgium (8) Itali (9) Turki (10) Brazil.