EPL perkenal logo baru

EPL perkenal logo baru

LONDON, 10 Feb – Liga Perdana Inggeris (EPL) memperkenalkan logo terbaru, yang bakal digunakan bermula musim depan.

Reka bentuk logo terbaharu itu menyaksikan tiada lagi jenama penaja iaitu Barclays dan ia bakal dikenali dengan nama Liga Perdana (Premier League) sahaja, bukan lagi ‘Liga Perdana Barclays’ (Barclays Premier League).

Logo baru itu, perubahan pertama yang dilakukan sejak tahun 2006, bakal memendekkan nama liga kepada ‘PL’ dan akan menggantikan logo singa yang ada sekarang dengan tangan di sebelah kiri di atas bola sepak.

Pengarah Urusan EPL, Richard Masters, berkata keputusan itu memberi peluang untuk menonjolkan EPL sebagai sebuah organisasi dan pertandingan.

“Kami gembira dengan logo baharu ini, identiti yang lebih relevan, moden dan fleksibel, membolehkan kami meraikan semua orang di sebalik EPL.

pg22_160211_c

“Kami berharap dapat berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai kedudukan jenama kami pada bulan depan,” katanya.

‘Bermula musim depan kami akan keluar dari penajaan utama dan perlawanan akan dikenali sebagai Liga Perdana, keputusan yang akan memberikan peluang terhadap pertimbangan bagaimana kami mahu memperkenalkan diri kami sebagai sebuah pertubuhan dan perlawanan,’ kata ketua pengarah Liga Perdana, Richard Masters dalam satu kenyataan akhbar. – AFP